DVD Asas Membaca Al-Quran Kaedah Haraki Untuk Orang Dewasa

DVD Asas Membaca Al-Quran Kaedah Haraki Untuk Orang Dewasa

DVD ini dihasilkan adalah untuk memudahkan pelajar memahami setiap huruf hijaiyah al-Quran. Penguasaan huruf hijaiyah dalam al-Quran sangat penting. Ia adalah asas dalam mempelajari al-Quran.  Seseorang itu sukar untuk membaca al-Quran dengan lancar apabila mereka tidak mengenal dengan baik huruf hijaiyah. Ia bertambah keliru apabila huruf hijaiyah tersebut bersambung 


Jika menggunakan kaedah biasa, pelajar akan diminta untuk menghafal setiap  huruf hijaiyah dengan melakukan latih tubi dan pengulangan sebutan. Huruf hijaiyah disebut berulangkali supaya pelajar boleh mengingat huruf tersebut.


Kaedah Haraki menggunakan pendekatan yang tersendiri supaya pelajar boleh mengecam dan mengingat huruf hijaiyah walaupun huruf tersebut dalam keadaan bersambung. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan pergerakan anggota badan. Pelajar diminta melakukan pergerakan bersama dengan pergerakan guru. "Learn by doing". 


Selain dari itu setiap  huruf mempunyai cerita tersendiri. Kaedah Haraki banyak menggunakan kaedah bercerita kerana pihak kami yakin kaedah bercerita boleh menarik minat pelajar dan memudahkan ingatan. 


Dalam DVD ini ditunjukan lebih dari 28 pergerakan tangan termasuk nyanyian untuk menjadikan pembelajaran al-Quran lebih menarik dan menyeronokkan.


Tempoh DVD ini ialah 2 jam 10 minit 25 saat


mengandungi 12 topik

1. Intro

2. Mudahnya belajar al-Quran

3. Titik dimanakah engkau?

4. Kepala Tajam

5. Doraemon tidur

6. Mata Harimau

7. Huruf Hijaiyah lain

8. Pakcik Hamzah

9. Tanda Mati

10. Potongan Ayat al-Quran

11. Tarian Tajwid

12. Bacaan Surah an-Nas (Haraki)


Kelebihan DVD


1. Anda boleh mengulang beberapa kali DVD ini sehingga anda faham apa yang disampaikan dalam DVD ini.

2. Anda mudah untuk belajar mengikut topik. Ulang semula sesuatu topik yang anda mahu dengan mudah.

3. Anda boleh belajar pada bila-bila masa ikut kesesuaian masa anda.  

4. Bagi anda yang malu untuk belajar al-Quran disebabkan usia sudah meningkat tetapi masih tidak boleh membaca al-Quran dengan baik, DVD ini sangat sesuai.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
DVD Asas Kaedah Haraki
132
JUMLAH

Kos Penghantaran

Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)



Maklumat Peniaga

Usrah Haraki Sdn Bhd
sales@haraki.my
+6058830389