Kelas al-Quran Rangkaian Murabbi Haraki

Soalan lazim


MACAM MANA CARA PEMBELAJARAN?


Semasa bulan pertama ini, guru akan mengajar menggunakan modul khas pembelajaran teknik Haraki.

Masuk bulan kedua, pelajar akan mula membuka dan membaca mushaf Al-Quran, tetapi masih lagi menggunakan pergerakkan tangan sebagai ‘guide line’ tajwid yang betul.

Dalam masa yang sama, guru akan membimbing bacaan mereka dengan mengingatkan kembali apa yang telah pelajar itu belajar semasa bulan pertama dahulu (menggunakan modul khas Haraki).

Waktu belajar juga sama seperti bulan pertama.
Sehari 2 jam, sekali seminggu dan berlangsung selama 4 minggu.

Di bulan ketiga, ini adalah fasa yang terakhir yang mana pelajar akan meneruskan membaca menggunakan mushaf Al-quran tetapi pergerakan tangan mula ditinggalkan atau dihilangkan.

Kebiasaannya di fasa ini, pelajar sudah boleh membaca dengan baik walaupun perlahan-lahan kelajuan bacaannya.

Waktu ini juga, guru bersama-sama pelajar akan memulakan sesi bertadarrus dan bertadabbur potongan-potongan pendek ayat Al-Quran yang dipilih.

Sebenarnya, sewaktu bulan pertama lagi (semasa belajar menggunakan modul khas Haraki) pelajar yang buta Al-Quran tadi sudah boleh membaca potongan pendek ayat Al-Quran yang mana sebelum ini mereka langsung tak tahu apa.

Itulah yang dimaksudkan Anda mampu belajar baca Al-Quran dalam masa 7 jam.



SEMINGGU BERAPA KALI KELAS NI DIADAKAN?


Seminggu hanya 1 hari sahaja iaitu selama 2 jam.

Sila berbincang dengan tenaga pengajar hari apakah yang paling sesuai dengan masa anda.



SAYA TAK FAHAM BAHASA MELAYU, BOLEH KE SAYA NAK BELAJAR DALAM BAHASA INGGERIS?


Boleh berbincang dengan tenaga pengajar kami.

Jika mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan anda boleh faham apa yang diajarkan, kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda.


KENAPA KELAS 3 BULAN?


3 bulan bukan bermaksud tiap-tiap hari.

Cuma untuk memberikan kelegaan masa dan tidak terlalu memberi tekanan kepada anda. Walaupun dalam masa 3 bulan, sebenarnya cuma 24 jam sahaja tempoh pembelajarannya.

Tapi jika anda mahu selesaikan tempoh pembelajaran sesingkat yang mungkin, boleh!

TAPI kami tidak akan bertanggungjawab jika anda GAGAL membaca Al-Quran dengan baik. Ini telah terbukti dengan eksperimen-eksperimen kami sebelum ini.

90% peserta GAGAL menguasai bacaan Al-Quran 
jika tidak mengikuti tempoh masa yang disyorkan 
iaitu 3 bulan.

3 BULAN TU SAMPAI JUZUK BERAPA?


Dalam 3 bulan kami tidak utamakan berapa banyak juzuk yang anda baca. 

Tapi apa yang lebih penting, kami utamakan dahulu bacaan anda agar al-Quran dapat dibaca dengan baik dan lancar serta dengan tajwid yang betul dan tepat.

Tak guna anda habis 30 juzuk dalam masa 1 bulan sekali pun. Tetapi bacaan berterabur dan tak tepat.

Ini tidak bertepatan dengan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu: Baca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta memahami isi kandungannya.

Berapa kali khatam atau tamat langsung tidak ditekankan.

Bila anda sudah mahir membaca al-Quran, terpulanglah kepada anda untuk baca sampai juzuk berapa dan berapa kali mahu khatam.

HARAKI membantu anda membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid dengan cepat, BUKAN membantu anda khatam secepat yang mungkin.





KELAS SEMINGGU 2 KALI BOLEH KE?


Boleh! Bagaimanapun, sila berbincang dengan tenaga pengajar kami kerana berkemungkinan ada kekangan masa dan pertembungan jadual dengan kelas yang lain.

Sila lakukan perbincangan terlebih dahulu.


SAYA TIADA MASA, BOLEH BELAJAR 7 JAM SEHARI TERUS?


Tidak boleh! Anda pasti GAGAL dan membazir duit anda.

TIDAK BERKESAN atas faktor fisiologi, letih, penat, hilang fokus.

Sebab itu tak boleh buat 7 jam sehari sekaligus.


BOLEH BAYAR ANSURAN TAK?


Tidak boleh. Bayaran perlu dijelaskan sebelum 5hb setiap bulan atau sebelum sesi pertama kelas bermula.


KALAU LOKASI TIADA TENAGA PENGAJAR MACAM MANA?


Jika tiada Tenaga Pengajar ditempat anda, anda boleh pergi kepada Tenaga Pengajar di tempat lain.

Walaubagaimana pun, kos perjalanan dan makan minum anda adalah di bawah tanggungan anda sendiri.

Jumlah yuran adalah tetap tanpa sebarang pengurangan ataupun penambahan.


JIKA SAYA DATANG HAID PADA HARI KELAS YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK SAYA, BAGAIMANA YE?


Anda boleh maklumkan kepada Tenaga Pengajar untuk menunda kelas anda ke minggu seterusnya setelah tamat tempoh haid anda.


KENAPA MAHAL SANGAT? KAT TEMPAT LAIN FREE JE!


Mahal jika anda tidak nampak NILAInya.

Kaedah yang kami gunakan adalah kelas intensif yang mana setiap kelas limit hanya 8-10 orang pelajar sahaja.

Jadi tenaga pengajar boleh memberikan fokus 100% pada pelajar dan Inshaa Allah pelajar akan berjaya membaca Al-Quran dalam masa 7 jam.

Jika 1 kelas lebih dari 10 orang, pengalaman kami, ramai pelajar GAGAL menguasai bacaan dengan baik dan cepat.



BETUL KE BOLEH BERJAYA BACA QURAN SEDANGKAN SAYA NI BUTA HURUF SANGAT-SANGAT?


Inshaa Allah, jika anda memenuhi syarat BOLEH BACA HURUF RUMI dan disiplin mengikuti apa yang diajarkan dan diaturkan untuk anda, anda mampu untuk membaca Al-Quran dalam masa 7 jam.


SAYA NAK BELAJAR DENGAN SUAMI DAN ANAK SEKALI, ADA DISKAUN TAK?


Tiada sebarang Diskaun buat masa ini.

Bayaran setiap individu adalah tetap tanpa sebarang penambahan ataupun pengurangan.


KAMI FAKIR MISKIN, TAK MAMPU NAK BAYAR, ADA TAK MANA-MANA YAYASAN YANG BOLEH 'SPONSER' BAYARAN BULANAN KELAS KAMI NI?


Kami tidak pasti. Mungkin anda boleh semak dengan pihak yang mengurus tadbir soal agama dan kebajikan di tempat anda.

Contoh: Jabatan kebajikan, Pejabat Agama dan sebagainya.


KALAU ADA HARI YANG KAMI TIDAK DAPAT HADIR MACAM MANA YE? ADA KELAS GANTI TAK?


Maklumkan kepada tenaga pengajar kami untuk gantikannya pada hari akan datang.


SAYA NAK 'TRY' DULU IKUT KELAS 1 BULAN, KALAU TAK PUAS HATI SAYA TAK NAK SAMBUNG LAGI UNTUK KELAS YANG SETERUSNYA. BOLEH TAK?


Boleh. Rekod kami sebelum ini, ramai yang was-was akan keberkesanan kaedah ini.

Akan tetapi selepas sebulan, mereka sangat seronok dan terus buat pembayaran penuh untuk habiskan sesi pembelajaran.



APA PERALATAN YANG PERLU KAMI BAWA?


Cuma perlu bawa pensel dan pemadam.

Buku latihan boleh dibeli dengan Tenaga Pengajar kami dengan harga RM20 / RM23 (semenanjung / Sabah & Sarawak) dan buku Si Buncit (untuk kenal huruf hijaiyah) hanya RM23 / RM25 (semenanjung / Sabah & Sarawak)


BERAPA YURAN KELAS INTENSIF KHAS UNTUK ORANG DEWASA YANG BUTA AL-QURAN?


Sebelum itu, lihat perbandingan di bawah :

Kaedah A:
Yuran RM10 sebulan
Tempoh masa belajar 6 tahun
Jadi : (RM10x12 bulan) x 6 tahun = RM720

Kaedah B:
Yuran RM5 sebulan
Tempoh masa belajar 12 tahun
Jadi : (RM5 x 12 bulan) x 12 tahun = RM720

Kaedah HARAKI:
Yuran RM30 sejam
Tempoh masa belajar : 8 jam x 3 bulan = 24 jam
Jadi : RM30 x 24 jam = RM720

Nampak perbandingan yang ditunjukkan di atas antara kaedah kami dengan kaedah-kaedah yang lain diluar sana?

Mahu ke anda belajar sehingga 6 tahun atau 12 tahun?

Atau Bayar dengan bayaran yang sama, tapi masa belajar HANYA 24 JAM sahaja.


KENAPA KENA BAYAR RM30/JAM?


Kami hanya mengajar kepada mereka yang bersungguh-sungguh nak belajar. Jika bayaran semurah RM10-RM20, murid tidak bersungguh-sungguh dan guru tak bersungguh-sungguh

(Hasil kajian sepanjang Ustaz bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru)

Sebab itu RM30 sejam itu adalah bayaran komitmen guru dan pelajar



EH! KALAU AMBIL UPAH NGAJI QURAN NI, BUKAN DI KIRA MENJUAL AGAMA KE?


Sebelum kami menetapkan harga, kami telah merujuk beberapa orang pakar dalam hukum mengambil bayaran ini.

Anda boleh dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini:



KALAU DAH BELAJAR 7 JAM, TAPI MASIH TAK PANDAI BACA QURAN LAGI, ADA JAMINAN PULANGAN WANG TAK?


Boleh. Proses bayaran balik akan dilakukan dalam masa 1-2 minggu selepas kami menerima permohonan anda.


APA KATA PELAJAR YANG TELAH MENGIKUTI KELAS INI?



Komen pelajar salah seorang Tenaga Pengajar Haraki di Selangor





SAYA ADA SOALAN, BAGAIMANA SAYA MAHU BERHUBUNG?


Hubungi pegawai kami untuk bantuan melalui pilihan saluran di bawah:



Telefon
05-883 0389 *
WhatsApp
KLIK/TEKAN sini
FB Messenger
KLIK/TEKAN sini
Email
sales@haraki.my

*Waktu pejabat sahaja : Isnin - Jumaat, 10 pagi - 6 petang

: Sabtu, 9 pagi - 12 tengahari




DI MANA LOKASI TENAGA PENGAJAR HARAKI YANG BERHAMPIRAN DENGAN SAYA?


Untuk lihat Tenaga Pengajar yang berada berdekatan, sila masukkan maklumat anda dalam borang di bawah dan kami akan berikan link ke email anda untuk anda semak.

Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul dan tepat.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi